Wednesday, April 20, 2011

; Gemersik Syahdu part 1

ok sekarang nak try share cerpen yang aku dok buat selama beberapa bulan yang lepas.. banyak lagi nk paste.. tp nanti la ye? hehehe..

p/s: cerita ini tiada kene mengene dengan hidup aku hanya cerita semata-mata

Hujan turun dengan lebat sejak lewat malam tadi sehingga ke awal pagi. Guruh dan kilat bercantum menjadi satu. Ketika itu la aku tersedar dari tidur dek terdengar dentuman yang agak kuat daripada biasa. Aku meraba-raba mencari telefon bimbit aku di atas meja solek bersebelahan dengan katil aku untuk melihat waktu.  Jam menunjukan pukul 6.30. Ketika itu aku telah menerima satu pesanan ringkas (SMS) daripada seorang yang tidak aku kenali yang bertanya kabar dan ingin berkenalan. Lantas ku membiarkan pesanan ringkas tersebut dan bergegas ke bilik air untuk mandi dan berwuduk seterusnya menunaikan solat subuh. Harini aku agak terlewat bangun, kemungkinan letih akibat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah aku dan perlu dihantar sebelum jumaat ini. Sesudah menyembah-NYA aku lalu turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi kerana hari ini sudah menjadi rutin harian aku dirumah sewa ini. Kemungkinan aku sudah terbiasa melakukan pekerjaan ini sewaktu di bangku sekolah lagi kerana ketiadaan ibu selepas pemergian beliau ketika aku masih berada di tingkatan 1 lagi. Ini menyebabkan aku telah menjadi berdikari sejak azali lagi tanpa perlu meminta bantuan orang lain. Terus ku menyelongkar peti sejuk dan aku hanya mampu untuk masak  nasi goring  cina yang biasa sahaja akibat kehabisan bahan di dapur. Ketika husyuk memasak salah seorang daripada teman serumah ku bangun dan menyapa
“awal bangun harini lia?” kata teman serumah ku syakirah.

“macam biase la, tak la awal sangat terlajak lagi ade la, itu pun terjaga sebab guruh kuat sangat” omel diriku.

“kau tak ada kelas ke harini kirah?” Tanya ku.

“ada pukul 10, tapi macam biasa la, malas aku nak pergi, kelas tutorial sahaja”balas syahkirah.

Aku hanya memberikan senyuman sahaja. Sesudah masak dan bersarapan aku bergegas ke bilik ku yang berada di tingkat 2 untuk bersiap-siap ke kelas pada pukul 9 pagi. Setelah siap aku keluar dari bilik. Hari ini aku hanya memilih untuk memakai kemaja kosong yang berwarna putih dan berseluar slack hitam. Lalu aku menuruni anak tanga,ketika melalui ruangan dapur aku  melihat kesemua teman rumah sudah bangun dan menikmati hidangan sarapan yang telah ku sediakan. Seperti biasa pujian demi pujian yang diberikan oleh rakan serumah ku.

“alah, biase je la, lagi pun tak cukup bahan nak masak” bicara aku

“lorr, ini pun dah kira sedap dah kalah dekat restoran admiral tu, kau tak makan sekali?” Tanya salah seoranng rakan ku yang bernama dania. Restoran admiral ialah sebuah restoran yang kami selalu kujungi dan gemari dek makanan yang di hidangan kan sedap-sedap belaka. Selalunya kami mengujung ke restoran tersebut ketika hujung minggu.

“aku sudah makan selepas masak tadi, sekarang nak ke kelas pulak, takut terlewat” balas ku. Terus ku kepintu hadapan dan mengambil sepatu kegemaran ku yang berwarna kuning keemasan lalu mengsarung ke kaki ku dan beredar keluar. Sesudah sampai ke perhentian bus, mujur la bus sudah sedia menanti kami untuk ke campus. Seperti biasa ramai para pelajar yang beratur untuk menaiki bus ini kerana banyak dari mereka berasal dari keluarga yang kurang senang seperti aku. Mereka tidak mungkin memilik sebuah kereta mahupun motosikal seawall usia ini.

Setelah sampai ke kampus, aku cepat-cepat ke kelas kerana jam sudah menunjukan pukul 8.55 pagi. Aku meniti anak tangga dengan berhati-hati kerana takut tersandung akibat memakai kasut yang berketinggian 4 inci. Malang tidak berbau, aku tersilap langkah dan tersalah untuk memijak salah satu daripada anak tangga akibat dari itu aku hampir terjatuh dan nasib baik ade seorang hamba Allah yang digelarkan lelaki menyambut aku dari belakang. Kalau tiada beliau alamatnya aku sudah jatuh terjelopoh ke bawah. Tanpa ku duga akibat ingin menyelamatkan aku, salah satu daripada buku budak lelaki ini telah terjatuh. Aku mengucapkan terima kasih kepada budak itu yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai daniel dan aku memperkenalkan nama ku kepadanya

“lia? What a great name? Macam orangnya” ucap daniel.

Aku hanya memberikan senyuman akibat malu. Nasib baik tiada pelajar yang melihat kerana semua sibuk bejalan ke kelas masing-masing. Tanpa berlengah-lengah lagi aku gegas ke kelas kerana waktu sudah lambat.
Ketika didalam kelas aku masih menerima satu lagi pesanan ringkas daripada orang yang tidak ku kenali yang berbunyi “ cantik awak hari ini”. Ahh sekali lagi aku membiarkan pesanan itu dengan tanpa membalas nya. Kemungkinan rakan seperjuangan hanya mahu mengenakan aku bisik hati ku. Seperti biasa kuliah mengambil masa selama 2 jam untuk habis. Sesudah selesai kuliah tersebut aku tidak bergegas untuk pulang ke rumah tetapi pergi untuk berjumpa dengan pensyarah ekoran dari tugasan yang diberikan oleh nya. Ketika ingin ke bilik pensyarah aku yang bernama encik kamarul hidayat aku sekali lagi teserempak dengan budak lelaki yang bernama daniel ketika ingin menuruni tangga. Untuk pengetahuan, kampus aku terkenal dengan bangunan yang tinggi tinggi belaka dan hanya mempunyai sedikit sahaja lift dan selebihnya tangga.

“ nak ke mana ni lia? “daniel menyapa ku ketika aku menuruni anak tangga.

“ jumpa pensyarah” Aku membalas sapaan dia dengan senyuman.

“boleh saya teman kan awak?” daniel kepadaku.

“awak tak ada kelas ke?” aku cuba untuk menolakan permintaan dia untuk menemani aku. Tetapi apabila dipikirkan dia sudah menyelamat kan aku harini, kepada tidak? Hehe. Lagi pun aku sorang sahaja.

“ade pukul 2 nanti” jawab daniel ringkas.
Aku hanya mengangguk dan senyum tanda setuju. Bukan senang nak ada bodyguard ni bisik hatiku..hehehe.
Aku mengambil masa 15 minit untuk berjumpa dengan pensyarah ku.setelah selesai berjumpa beliau aku mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Aku keluar dari bilik En kamarul hidayat dan melihat daniel sedia menanti aku diluar pintu bilik En kamarul.

“ kemana lagi selepas ni? Jom kita ke food court” Tanya daniel.

“hmm ok jugak, saya belanja awak ok? Sebab dah cuba untuk selamatkan saya pagi tadi?” jawab ku.
daniel hanya tersenyum dan mengangguk.

to be continued...........

Sunday, April 17, 2011

; commercial break for amour love by josthuaq



hehehey ! come back live from banting selangor ! yeah ! aku dah balik rumah.. my lovely home sweet home banting ! ok last week ade update pasal presentation utk subject marketing tu kn?? hehhee.. so nk habaq mai la ni.. saya dapat 10/10 utk kretiviti dan overall daya dapat 9/10 ! bagus kn? sangat teruja pasal subject ni..lagi2 berkenaan dengan perfume ! well i realize my passion is more on perfume ,, motip la aku ni kejap masak,kejap bercakap,kejap nak jadi abg tolak trolley**steward** hanya mush esa yang fhm :P
..hahaha..sekarang perfume pulak.. hehe.. nk buat cmne kn? ok  lupa nanti cuti sem nnti aku kerja sunway pyramid dlm pakrson ade promotion for gucci floral and dunhill yang baru! yeahh..kalau rasa nk try tu datang la ye.. kalau stakat nk mintak free gift tu aku pelangkup kan ko dlu dpn customer entrence pakrson tu ! hahaha.. ok xdilupakn kepada peminat yg nk jump tu.. tiada masalah.. diwarwarkan ! hahaha.. mampu ade peminat?? :P..
meh kite cerita kaji selidik sikit pasal presentation group lain? ok ade yang buang energy drink? haha.. mampu x? minum je bole kuat ! kuat ! aku mcm nk pitam tengok presentation tu sbb treadmark dy.. KAMI MEMBERI KEPUASAN KEPADA ANDA.. fhm x? hahaha.. mcm sial pon ade jugak.. so sape2 yang nk "ehemehem" tu bole la dpt kan energy drink tu..pasti terangkat ! hahahaha**pdhl dok copy paste  air livita** opps kntoi ! hahahahahaha.. part yg paling aku suke ialah ade group ni buat pasal cup cake.. eiii comelnye.. siap ade packing lagi.. geram sangat ! rasa mcm nak tempah je bagi dekat org tersayang! tp xde orang tersayang..nk buat mcm mana.. selamat duit aku... hehe... sebelum korang close window ni ape kate ce tengok comercial break yang kt bawah ni..aku mcm teruja sgt dengar lagu dy..mcm nk catwalk and pose! haha :P

ENJOY ! :)



p/s : sekarang husyuk dengar lagu ila sabri-keranamu kekasih.. ehem.. mcm ade apa2 je :P

Sunday, April 10, 2011

; hanya kerana link blog kau kantoi depan mata



tertarik hati nk tulis blog pasal kantoi..opss kntoikntoikntoi ! best ni buat topic terjah2 ni.. ekekekeke...memang patut aku amik masscom dari dlu lagi kan tapi ape kan daya tuhan lebih mengetahuinye.. ingat kan amik culinary xreti dah nak kantoikantoi kan org.. rupanya lagi pandai lepas kes ex aku yang nun jauh kt perak sane buat hal. wow selepas insiden itu berlaku aku pon dah pandai stalk org gune number telephone... koranga de stalk org gune num telephone? mampu? xmampu kan? mampu stalk dkt fb he.. hahaha..untung la ade ramai kawan keje dekat call centre ni kan..huhuhu.. well awal2 lagi aku cakap bile caple aku bole buat ape saja once aku ade num telephone kau.. macam scary kn?? memang pon! hahaha.. ini bukan nk cte pasal ex aku yang kt perak sane tu tapi pasal nun jauh kt utara sana..hehe.. sebab ape kantoi sebab dia tulis sumting dekat blog dia.. no wonder la tanak kasik aku link blog dy selameni. haishh ! dok kutuk membe sndri hypokrit tp kau pon same kot.. tujuan tulis ni bukan la nk dendam ke ape.. ya Allah xpenah nk dendam pon..bnd ni terjadi lepas dy post link blog kwn dy dkt page dy sndri.. well aku pon tergerak hati nk bkk la blog tu since owner blog tu ignore aku kan? tgk2 nampak la pulak tuan punya badan yang ex aku ni punye blog.. dengan rase gumbiranye click la blog dy incase nk cari la kan kate2 sweet dy dok kate dekat aku before this.. well galipunya galipunya galik! non ado pasal aku! yang ade hanya pasal unknown yang aku tatau dok kisskiss dok pegangpegang tangan during ur birthday? untung la besday boy dpt adiah itu smua..dapat kiss? kau mampu la! sbb kau hot.. aku tak mampu :).. aku mampu dapat perfume je.. sebab aku kan jual perfume.. hahaha
well let me guess itu mase kau caple dgn aku lagi kan? mase kite tengah bahagia kan? mase kite xgado lagi kan? itu yang kau bagi dekat aku lepas aku setia dekat kau?kenapa la aku dengar cakap kau masa kau tak bagi aku nk jump rhofeq .. eh silap rhofeq nk jump aku.. lalalaa~ aku buat bkn sebab kau.. aku buat sebab aku respek kau as my lover tp ape yang aku dapat? ini yang aku dapat?  bagus sangat ! mane pergi janji kau semua ni?? siap mention dkt aku ni xmsg sape2..maybe kau ingat aku bodo kan percaya kau bulatbulat.. kau silap! aku call kawan aku utk tengok sent item kau punye transaction dkt akaun maxis dan celcom kau :).. aku lagi pandai dari kau ok? kau punya call semua aku tau.. hehe..x pe la maybe itu alasan kau takbole terima aku sebab aku ni demand? ehem ! aku kalau keluar dengan orang tak penah nk mintak belaja or ape...tapi dah org nk belanja kan so proced je la? tgk2 kluar statment yang kau tak mampu? motif la kan?! yg ko gatal bayar kn makanan aku semua asal? hey ! aku mntk duit ko pon xpnah? dan aku xmntk pon ko beli bear untuk aku tapi kau yang gatal bijik nk beli bear utk aku kan? haishh.. xpe la benda da lepas kan.. nk buat camna.. haishhh.. tepuk dada tnya selera.. jangan tanya aku kenapa aku tak tegur kau :)

p/s; seronok plak jadi stalker orang guna number telephone :)
p/s : jadi culinary arts makin menjadi2 wartawan aku kan? hahaha

Tuesday, April 5, 2011

; the fragrance for women by JOSTHUAQ will be launch soon ! :)

okeyh since my last entry about relationship semua.. ok to be honest no more relationship after this** tapi tak tahu la sampai bile kan** next ! nk cerita pasal tajuk kite harini ialah the new fragrance for women by josthuaq will be launch soon.. actually xde pon nama perfume tu..dan perfume tu hanya la rekaan sematamata utk our project for marketing subject.. hehe.. best kan? ok macam ni.. my lecture bagi 1 assignment if we as a   ceo or director or wutsoeva ape product yang bakal kite buat or launch.. so aku dengan adik beradik aku la kan harus 1 kumpulan.. so decide nk buat 1 perfume yang baru.. memandangkan benda ni makan banyak carry marks so kene buat dengan gegehnye.. well dok p gossip tgk budak2 lain dok buat product ape.. ade yang buat air kotak, gam, sosej,blablabla.. ok bukan la nk kate ape kan.. cume buat la sumting yang korang rasa macam koranng tu betolbetol director ni dok buat benda macam budakbudak sekolah menengah.. bukan la nk cakap besar dengan product kita org tapi budakbudak sekolah menengah pon bole buat muchmuch better than that kan? so the presentation will be on this thusday.. tak sabar nk sprayspray 1 kelass bau perfume baru..siap buat comercial break lagi.. best! haha.. tapi model semua sumber goggle.com dan botolbotol perfume semua sumber dari my company.. we will see then.. group mana yang lagi best ! :)

p/s ; esok test 2 marketing.. terus turn off bile pkr pasal test =,=''