Wednesday, April 20, 2011

; Gemersik Syahdu part 1

ok sekarang nak try share cerpen yang aku dok buat selama beberapa bulan yang lepas.. banyak lagi nk paste.. tp nanti la ye? hehehe..

p/s: cerita ini tiada kene mengene dengan hidup aku hanya cerita semata-mata

Hujan turun dengan lebat sejak lewat malam tadi sehingga ke awal pagi. Guruh dan kilat bercantum menjadi satu. Ketika itu la aku tersedar dari tidur dek terdengar dentuman yang agak kuat daripada biasa. Aku meraba-raba mencari telefon bimbit aku di atas meja solek bersebelahan dengan katil aku untuk melihat waktu.  Jam menunjukan pukul 6.30. Ketika itu aku telah menerima satu pesanan ringkas (SMS) daripada seorang yang tidak aku kenali yang bertanya kabar dan ingin berkenalan. Lantas ku membiarkan pesanan ringkas tersebut dan bergegas ke bilik air untuk mandi dan berwuduk seterusnya menunaikan solat subuh. Harini aku agak terlewat bangun, kemungkinan letih akibat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah aku dan perlu dihantar sebelum jumaat ini. Sesudah menyembah-NYA aku lalu turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi kerana hari ini sudah menjadi rutin harian aku dirumah sewa ini. Kemungkinan aku sudah terbiasa melakukan pekerjaan ini sewaktu di bangku sekolah lagi kerana ketiadaan ibu selepas pemergian beliau ketika aku masih berada di tingkatan 1 lagi. Ini menyebabkan aku telah menjadi berdikari sejak azali lagi tanpa perlu meminta bantuan orang lain. Terus ku menyelongkar peti sejuk dan aku hanya mampu untuk masak  nasi goring  cina yang biasa sahaja akibat kehabisan bahan di dapur. Ketika husyuk memasak salah seorang daripada teman serumah ku bangun dan menyapa
“awal bangun harini lia?” kata teman serumah ku syakirah.

“macam biase la, tak la awal sangat terlajak lagi ade la, itu pun terjaga sebab guruh kuat sangat” omel diriku.

“kau tak ada kelas ke harini kirah?” Tanya ku.

“ada pukul 10, tapi macam biasa la, malas aku nak pergi, kelas tutorial sahaja”balas syahkirah.

Aku hanya memberikan senyuman sahaja. Sesudah masak dan bersarapan aku bergegas ke bilik ku yang berada di tingkat 2 untuk bersiap-siap ke kelas pada pukul 9 pagi. Setelah siap aku keluar dari bilik. Hari ini aku hanya memilih untuk memakai kemaja kosong yang berwarna putih dan berseluar slack hitam. Lalu aku menuruni anak tanga,ketika melalui ruangan dapur aku  melihat kesemua teman rumah sudah bangun dan menikmati hidangan sarapan yang telah ku sediakan. Seperti biasa pujian demi pujian yang diberikan oleh rakan serumah ku.

“alah, biase je la, lagi pun tak cukup bahan nak masak” bicara aku

“lorr, ini pun dah kira sedap dah kalah dekat restoran admiral tu, kau tak makan sekali?” Tanya salah seoranng rakan ku yang bernama dania. Restoran admiral ialah sebuah restoran yang kami selalu kujungi dan gemari dek makanan yang di hidangan kan sedap-sedap belaka. Selalunya kami mengujung ke restoran tersebut ketika hujung minggu.

“aku sudah makan selepas masak tadi, sekarang nak ke kelas pulak, takut terlewat” balas ku. Terus ku kepintu hadapan dan mengambil sepatu kegemaran ku yang berwarna kuning keemasan lalu mengsarung ke kaki ku dan beredar keluar. Sesudah sampai ke perhentian bus, mujur la bus sudah sedia menanti kami untuk ke campus. Seperti biasa ramai para pelajar yang beratur untuk menaiki bus ini kerana banyak dari mereka berasal dari keluarga yang kurang senang seperti aku. Mereka tidak mungkin memilik sebuah kereta mahupun motosikal seawall usia ini.

Setelah sampai ke kampus, aku cepat-cepat ke kelas kerana jam sudah menunjukan pukul 8.55 pagi. Aku meniti anak tangga dengan berhati-hati kerana takut tersandung akibat memakai kasut yang berketinggian 4 inci. Malang tidak berbau, aku tersilap langkah dan tersalah untuk memijak salah satu daripada anak tangga akibat dari itu aku hampir terjatuh dan nasib baik ade seorang hamba Allah yang digelarkan lelaki menyambut aku dari belakang. Kalau tiada beliau alamatnya aku sudah jatuh terjelopoh ke bawah. Tanpa ku duga akibat ingin menyelamatkan aku, salah satu daripada buku budak lelaki ini telah terjatuh. Aku mengucapkan terima kasih kepada budak itu yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai daniel dan aku memperkenalkan nama ku kepadanya

“lia? What a great name? Macam orangnya” ucap daniel.

Aku hanya memberikan senyuman akibat malu. Nasib baik tiada pelajar yang melihat kerana semua sibuk bejalan ke kelas masing-masing. Tanpa berlengah-lengah lagi aku gegas ke kelas kerana waktu sudah lambat.
Ketika didalam kelas aku masih menerima satu lagi pesanan ringkas daripada orang yang tidak ku kenali yang berbunyi “ cantik awak hari ini”. Ahh sekali lagi aku membiarkan pesanan itu dengan tanpa membalas nya. Kemungkinan rakan seperjuangan hanya mahu mengenakan aku bisik hati ku. Seperti biasa kuliah mengambil masa selama 2 jam untuk habis. Sesudah selesai kuliah tersebut aku tidak bergegas untuk pulang ke rumah tetapi pergi untuk berjumpa dengan pensyarah ekoran dari tugasan yang diberikan oleh nya. Ketika ingin ke bilik pensyarah aku yang bernama encik kamarul hidayat aku sekali lagi teserempak dengan budak lelaki yang bernama daniel ketika ingin menuruni tangga. Untuk pengetahuan, kampus aku terkenal dengan bangunan yang tinggi tinggi belaka dan hanya mempunyai sedikit sahaja lift dan selebihnya tangga.

“ nak ke mana ni lia? “daniel menyapa ku ketika aku menuruni anak tangga.

“ jumpa pensyarah” Aku membalas sapaan dia dengan senyuman.

“boleh saya teman kan awak?” daniel kepadaku.

“awak tak ada kelas ke?” aku cuba untuk menolakan permintaan dia untuk menemani aku. Tetapi apabila dipikirkan dia sudah menyelamat kan aku harini, kepada tidak? Hehe. Lagi pun aku sorang sahaja.

“ade pukul 2 nanti” jawab daniel ringkas.
Aku hanya mengangguk dan senyum tanda setuju. Bukan senang nak ada bodyguard ni bisik hatiku..hehehe.
Aku mengambil masa 15 minit untuk berjumpa dengan pensyarah ku.setelah selesai berjumpa beliau aku mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Aku keluar dari bilik En kamarul hidayat dan melihat daniel sedia menanti aku diluar pintu bilik En kamarul.

“ kemana lagi selepas ni? Jom kita ke food court” Tanya daniel.

“hmm ok jugak, saya belanja awak ok? Sebab dah cuba untuk selamatkan saya pagi tadi?” jawab ku.
daniel hanya tersenyum dan mengangguk.

to be continued...........

No comments:

Post a Comment